SET INDUKSI
SUPER CLOSE UP
Sebelum memulakan pengajaran, guru akan cuba menunjukkan gambar dan murid cuba teka apa jenis bola yang guru tunjuk. Guru berbuat demikian adalah untuk menarik minat para murid.
RULE OF THIRD
Guru akan memperkenalkan permainan ini kepada murid. Disamping itu, guru akan menjelaskan peralatan yang diperlukan untuk permainan ini serta memasuk topik yang perlu diajar pada hari ini.
PERKEMBANGAN 1
JARAK JAUH
Sebelum memulakan pengajaran servis, guru perlu menekankan posisi berdiri untuk kemahiran servis.
JARAK SEDERHANA
Badan perlu dicondong ke depan. Bola ping pong diletakkan atas tapak tangan dan tidak melebihi paras dada. Mata kena pandang ke hadapan.
JARAK SEDERHANA
kaki kena jarakkan dengan luas. Rendahkan bahagian kaki. Kaki kiri dibengkokkan di hadapan manakala kaki kanan dibengkokkan di arah belakang.
CLOSE UP
Gambar ditangkap dengan menggunakan teknik penggambaran close up dengan tujuan membolehkan murid nampak dengan teliti cara pegangan "handle" pada bet ping pong. Ibu jari dan jari telunjuk perlu memegang pada bahagian hadapan, jari lain kena pegang pada bahagian belakang.
PERKEMBANGAN 2
PEMBEKUAN
Bola akan dilambung dengan tinggi mengikut tahap kesesuaian individu. Tangan kanan dalam keadaan yang sedia untuk servis kepada pihak berlawan. Mata perlu tuju pada bola supaya bola dapat diservis ke kawasan bertentangan dengan baik. Pada masa itu, badan masih dibengkokkan lagi supaya memudahkkan pemain melakukan pergerakan servis.
CLOSE UP
CLOSE UP
Apabila melakukan servis, bola perlu jatuh pada tengah bet supaya bola tidak keluar pada kawasan lain. Cara penggambaran dinamakan close up untuk memboleh murid nampak dengan jelas titik kontak bola ping pong dengan bet.
PERSPEKTIF
Semasa melakukan servis pemain perlu memastikan bola tidak sentuh pada net, kalau bola sentuh pada net, servis akan dilakukan semula pada orang tersebut walaupun pihak lain tidak dapat menerima bola anda.
PENUTUP
RULE OF THIRD
Sebelum menamatkan sesi pengajaran, guru perlu menyoal soalan, murid kena jawap pada guru pergerakan servis ping pong daripada pergerakan mula sampai akhir.